Friday, January 14, 2011

BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT

Sesuai dengan fenomena media massa muktahir ini, unit penerangan AMK Seremban membuka ruang akses kepada buku jingga yang mana merupakan agenda semasa diperjuangkan bersama oleh Pakatan Rakyat. Ia bukanlah sesuatu transformasi manifesto baru Pakatan Rakyat sebaliknya teks lengkap yang padat memperkatakan  tentang hayat semasa negara. Adalah menjadi kewajipan untuk semua mendapatkan salinan naskah ini untuk sama-sama kita baca,fahami dan menilai sejauhmana keberkesanan pimpinan negara sedia ada dan kebolehan pimpinan Pakatan rakyat merencana corak baru untuk semua rakyat Malaysia dalam usaha menakluki institusi pentadbiran tertinggi negara. Pelbagai aspek kupasan yang terdapat didalam naskah ini seperti Negara dalam krisis, Kemakmuran, keadilan sosial dan persaudaraan dalam Pakatan Rakyat juga Program 100 hari Pakatan rakyat. Ulasan mengenai Program 100 hari Pakatan rakyat membicarakan tentang langkah-langkah yang bakal diambil oleh pimpinan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat apabila berjaya mentadbir negara. Ia menunjukkan kesungguhan ekonomis dan idealogis dalam Pakatan Rakyat merangka penambahbaikan untuk negara dan rakyat seluruhnya.Adalah amat penting untuk rakyat sedar akan kemampuan negara yang nyatanya mampu menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat dari segi kebajikan dan ekonomi. Antara lain kandungan buku jingga ini ialah penerangan mengenai dasar Pakatan Rakyat yang merupakan nadi juang bersama ke arah negara Malaysia yang lebih sejahtera. Untuk mengakses buku jingga Pakatan rakyat, sila ke halaman BUKU JINGGA atau boleh terus memuat turun salinan anda di sudut kiri ruangan MUAT TURUN. Unit Penerangan AMK Seremban mengucapkan selamat membaca dan segera menzahirkan hasrat bersama pergerakan menyelamatkan Malaysia!

Ulasan oleh:

Editor Unit Penerangan
AMK Seremban

No comments:

Post a Comment